Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 merupakan inisiatif strategik oleh kerajaan Malaysia untuk memperkukuh perlindungan sosial bagi komuniti yang kurang mendapat akses dan terdedah kepada risiko. Bermula 1 September 2025, seramai 2 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak akan menerima subsidi baucar bernilai RM30. Baucar ini boleh digunakan untuk membeli atau memperbaharui produk mikroinsurans dan mikrotakaful di bawah Perlindungan Tenang yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen yang mengambil bahagian.
Perlindungan Tenang membantu menyediakan perlindungan kewangan yang mampu milik dan mudah didapati, khas untuk golongan yang memerlukan.
Dapatkan produk Perlindungan Tenang sekarang!

Produk Perlindungan Tenang PTV3.0

Soalan-soalan Lazim Program Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 merupakan inisiatif strategik oleh Kerajaan Malaysia untuk memperkukuh perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah.

Bermula 1 September 2025, baucar bernilai RM30 akan diberikan kepada 2 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak.

Baucar ini boleh digunakan untuk membeli produk asas insurans dan takaful yang ditawarkan oleh pengendali insurans dan takaful berlesen yang mengambil bahagian dalam program PTV 3.0.

Produk Perlindungan Tenang direka untuk menyediakan perlindungan kewangan yang mudah diakses dan mampu milik, khususnya bagi komuniti yang kurang mendapat akses (underserved) dan terdedah kepada risiko (vulnerable).

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan dan penyedia yang mengambil bahagian, sila layari https://www.mycoverage.my/perlindungan_tenang3.0/.

  • Baucar ini akan diberikan kepada 2 juta penerima penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

  • Untuk menyemak kelayakan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1: Layari www.myptv.my

  • Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”;

  • Langkah 3: Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.

  • Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar yang sah bagi syarikat insurans/pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0 untuk menyemak kelayakan anda.

  • Terdapat dua kaedah untuk menebus Baucar bagi membeli produk anda:

  • Kaedah 1 - Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian:

    Step 1: Visit www.mycoverage.my

    Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.

    Langkah 3:Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.

    Langkah 4:Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.

  • Kaedah 2 - Penebusan dan pembelian di kaunter:

    • Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawagan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.
    • Fahami ciri-ciri asas dan manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
    • Jika anda memilih untuk meneruskan pembelian produk, anda perlu memberikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.

Sila ambil perhatian bahawa proses ini mungkin berbeza mengikut syarikat. Anda dinasihatkan untuk merujuk wakil khidmat pelanggan syarikat berkenaan untuk maklumat lanjut.

  • Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 ini berkuatkuasa pada 1 September 2025 hingga 31 Disember 2025 atau sehingga semua baucar telah ditebus, mana-mana yang terdahulu.

  • Anda layak untuk menuntut baucar PTV RM30 pada tahun 2025, walaupun telah menuntut PTV RM50 pada tahun 2021 dan PTV RM75 pada tahun 2022, dengan syarat anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak pada tahun 2025.

Infografik

MEMAHAMI

Pelan Insurans Hayat/Takaful Keluarga

Fahami jenis-jenis Insurans Hayat dan Takaful. Pilih pelan terbaik yang sesuai dengan keperluan perlindungan anda.

life insurance

Insurans Hayat


life insurance

Takaful Keluarga


 

KALKULATOR


3 Langkah Mudah

life insurance

Pilih perlindungan anda

Pilih jenis Insurans/Takaful yang bersesuaian dengan keperluan perlindungan anda.

life insurance

Isi butiran

Isikan jumlah pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan perlindungan semasa anda

life insurance

Kiraan

Kami akan memberi panduan mengenai perlindungan yang bersesuaian berserta jurang perlindungan

 

KALKULATOR


3 Langkah Mudah

life insurance

Pilih perlindungan anda

Pilih jenis Insurans/Takaful yang bersesuaian dengan keperluan perlindungan anda.

life insurance

Isi butiran

Isikan jumlah pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan perlindungan semasa anda

life insurance

Kiraan

Kami akan memberi panduan mengenai perlindungan yang bersesuaian berserta jurang perlindungan

Sumber Berguna

CahayaKu

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Touch 'n Go eWallet
Umur Penyertaan
18 - 75 years old
Jumlah Dilindungi
(1)Kematian akibat Kemalangan : RM50,000
(2)Elaun Tunai Harian semasa Kemasukan ke Hospital akibat Kemalangan : RM100 sehari (sehingga 10 hari)
(3)Elaun Tunai Mingguan semasa Hilang Upaya Sementara akibat Kemalangan : RM100 seminggu (sehingga 26 minggu)
Jenis Perlindungan
Kematian, kemasukan ke hospital dan hilang upaya sementara akibat kemalangan
Kadar Sumbangan
RM 50 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
WhatsApp at 019 629 9660
my.aiaonline@aia.com
Laman sesawang syarikat
www.aia.com.my
Ketahui Lebih Lanjut

PerlindunganKu Allianz4All

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Ejen
Umur Penyertaan
Lapan belas (18) tahun sehingga lima puluh sembilan (59) tahun
Jumlah Dilindungi
Sehingga RM50,000
Jenis Perlindungan
Kematian atau Hilang Upaya Kekal
Pendapatan Hospital di Hospital Kerajaan akibat Kemalangan dan Penyakit
Perbelanjaan Perubatan di Hospital Kerajaan akibat Kemalangan dan Penyakit
Bantuan Kecemasan (sekiranya belaku perpindahan akibat banjir)
Kadar Sumbangan
RM50/setahun (tidak termasuk SST)
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-22-5542
customer.service@allianz.com.my
Laman sesawang syarikat
www.allianz.com.my
Ketahui Lebih Lanjut

Mini PA Insurance

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Internet/ Rakan Kongsi Perlindungan Tenang
Umur Penyertaan
16 - 100 tahun
Jumlah Dilindungi
Sehingga RM75,000.00
Jenis Perlindungan
Kematian disebabkan Kemalangan;
Hilang Upaya Kekal disebabkan Kemalangan;
Elaun Perkabungan
Kadar Sumbangan
Plan E - RM 75 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1-800-88-6744
MyMSIG@my.msig-asia.com
Laman sesawang syarikat
www.msig.com.my
Ketahui Lebih Lanjut

Tokio Marine TenangCare

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Semua saluran pemasaran
Umur Penyertaan
18 to 70 tahun
Jumlah Dilindungi
RM50,000 seorang
Jenis Perlindungan
a) Kematian / Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan : RM 50,000
b) Elaun Perkabungan (Kematian Akibat Demam Denggi): RM 50,000
c) Elaun Tunai Kemasukan Hospital (Akibat Kemalangan) : RM100 sehari, sehingga 50 hari
d) Elaun Demam Denggi : RM 1,000
Kadar Sumbangan
RM 50 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
talian bebas tol: 1800-88-0812
letusknow@tokiomarine.com.my
Laman sesawang syarikat
Tokiomarine.com
Ketahui Lebih Lanjut

BSN Takaful Sakinah Plus

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Cawangan BSN (di kaunter) dan pendaftaran sendiri melalui laman web BSN
*Nota: Penyertaan pelan BSN Takaful Sakinah Plus dengan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) hanya boleh dilakukan melalui cawangan BSN.
Umur Penyertaan
19 - 60 tahun
(Umur pada Hari Lahir Akan Datang)
Jumlah Dilindungi

*Penerima PTV layak untuk menyertai BSN Takaful Sakinah Plus - Pelan 1 atau Pelan 2 sahaja.
Jenis Perlindungan
Takaful Keluarga
Kadar Sumbangan
Pelan 1 Pelan 2 Pelan 3 Pelan 4
RM65 RM95 RM130 RM190
*Nota: Selepas menggunakan PTV, baki sumbangan akan ditolak daripada Akaun Simpanan BSN.

Contoh:
Bayaran sumbangan untuk Pelan 1 (RM65): PTV RM30 + RM35 akan ditolak daripada Akaun Simpanan BSN.
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
+603 2775 7188
customer@prubsn.com.my
Laman sesawang syarikat
www.prubsn.com.my
Ketahui Lebih Lanjut

A-Z Protect

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Bukan Agensi secara pendaftaran melalui laman mikro
Umur Penyertaan
18 - 60 tahun
Jumlah Dilindungi
Jenis Perlindungan
Rujuk Jadual [Jumlah Dilindungi] di atas
Kadar Sumbangan
RM 80 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-22-5542
customer.service@allianz.com.my
Laman sesawang syarikat
www.allianz.com.my
Ketahui Lebih Lanjut

MikroSayang

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Direct (Atas Talian)
Umur Penyertaan
19 (pada ulang tahun seterusnya)
Jumlah Dilindungi
Manfaat Hospitalisasi = RM50 sehari sehingga 14 hari
Manfaat Kematian = RM5000
Manfaat Kematian akibat Kemalangan = RM5000
Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal = RM5000
Manfaat Penyakit Kritikal = RM5000
Jenis Perlindungan
Pelan A: Manfaat Kematian Akibat Kemalangan & Manfaat Hospitalisasi
Pelan B: Manfaat Kematian Akibat Kemalangan & Penyakit Kritikal
Pelan C: Manfaat Kematian Akibat Kemalangan, Manfaat Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
Pelan A+: Kematian/ Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) & Manfaat Hospitalisasi
Pelan B+: Kematian/ Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) & Penyakit Kritikal
Pelan C+: Kematian/ Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK), Manfaat Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
1. Manfaat Hospitalisasi
2. Manfaat Kematian
3. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
4. Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
Manfaat Penyakit Kritikal
Kadar Sumbangan
RM 50
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-13-8338
mikrosayang@greateasterntakaful.com
Laman sesawang syarikat
www.greateasterntakaful.com
Ketahui Lebih Lanjut

Qaseh Setia

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Cawangan BSN seluruh negara dan laman sesawang BSN
Umur Penyertaan
18 - 55 Tahun
Jumlah Dilindungi
Dari RM 70 setahun dengan Pelan 70 Kami anda bakal menikmati perlindungan:

Manfaat Kematian - Bukan Kemalangan Sehingga RM 15,000
Manfaat Kematian - Kemalangan Sehingga RM 90,000
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) Sehingga RM 15,000
Perbelanjaan Pengebumian Sehingga RM 3,000
Jenis Perlindungan
Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), seta Perbelanjaan Pengebumian
Kadar Sumbangan
RM 70 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-22-6262
ask@fwd.com
Laman sesawang syarikat
www.fwd.com.my
Ketahui Lebih Lanjut

HLM Takaful Tenang & HLM Takaful Tenang 75

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Dalam talian melalui www.hlmtserv.com
Umur Penyertaan
18 – 60 tahun (umur pada hari jadi akan datang)
Jumlah Dilindungi
HLM Takaful Tenang: RM20,000 – RM80,000
HLM Takaful Tenang 75: Bergantung kepada umur kemasukan
Jenis Perlindungan
Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)
Kadar Sumbangan
HLM Takaful Tenang: RM50
HLM Takaful Tenang 75: RM75
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
+603 7650 1800
ReachUs@takaful.hongleong.com.my
Laman sesawang syarikat
www.hlmtakaful.com.my
Ketahui Lebih Lanjut

HLA Stackable (Pelan Pakej)

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Dalam Talian
Umur Penyertaan
20 – 60 tahun
Jumlah Dilindungi
Sehingga RM13,000 perlindungan kematian
Jenis Perlindungan
Kematian, Kematian Akibat Kemalangan, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan, Pendapatan Hospital Akibat Kemalangan
Kadar Sumbangan
RM50.10 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
+603 7650 1288
customerservice@hla.hongleong.com.my
Laman sesawang syarikat
www.hla.com.my
Ketahui Lebih Lanjut

Protector Guard

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Dalam Talian / Touch N Go App
Umur Penyertaan
16 - 64 tahun
Jumlah Dilindungi
RM 30,000.00
Jenis Perlindungan
Kematian Akibat Kemalangan, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan, Pendapatan Hospital Akibat Kemalangan
Kadar Sumbangan
RM52 / 12 bulan
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
+603 2058 3000
Inquiries.MY@chubb.com
Ketahui Lebih Lanjut

Qaseh Bakti Plus

Saluran Jualan/dimana boleh dibeli
Cawangan BSN seluruh negara dan laman sesawang BSN
Umur Penyertaan
18 - 55 Tahun
Jumlah Dilindungi
Dari RM 60 setahun dengan Pelan 1, 2 atau 3 kami anda bakal menikmati:

Manfaat Kematian - Bukan Kemalangan Sehingga RM 2,500
Manfaat Kematian - Kemalangan Sehingga RM 5,000
Manfaat Tunai Penghospitalan Harian Sehingga RM 200 sehari
Jenis Perlindungan
Manfaat pendapatan semasa rawatan hospital dan manfaat kematian
Kadar Sumbangan
RM 60 setahun
Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
1300-22-6262
ask@fwd.com
Laman sesawang syarikat
www.fwd.com.my
Ketahui Lebih Lanjut